top of page
KOMUNITI copy.jpg

Bersama
Komuniti

Program Bersama Komuniti merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat serta memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk setempat. Program ini memberi ruang kepada komuniti untuk berkumpul, berinteraksi dan bekerjasama dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

​

Melalui pelaksanaan program ini, pelbagai aktiviti kemasyarakatan akan dijalankan seperti gotong-royong, program kebajikan dan aktiviti santai bersama penduduk. Diharapkan ia dapat mewujudkan suasana komuniti yang lebih harmoni, prihatin dan saling membantu antara satu sama lain.

Sambutan Aidilfitri POKUB 2026

18 April 2026 (Sabtu)
La'Man Toki, Bentong

Kerajaan MADANI dibawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim terus memperkasakan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam memastikan pembangunan Negara tidak meminggirkan mereka. Penambahbaikan perhatian yang lebih mendalam kepada golongan OKU terus menjadi tunjang kepada pembangunan mereka dalam arus Negara. Kenaikan bantuan kewangan, pemerkasaan peluang pekerjaan dan keusahawanan dan banyak lagi memberikan sinar kepada golongan ini agar tidak terus terpinggir.

​

Penglibatan golongan OKU dalam masyarakat terus diterima baik. Sebagai contoh penubuhan khusus badan bukan kerajaan atau NGO kepada golongan ini akan memberikan ruang untuk terus menyumbang idea, tenaga dan buah fikiran dalam kalangan mereka. Persatuan Orang Kurang Upaya Bentong (POKUB) terus menjadi organisasi contoh bagaimana kemampuan mereka untuk memimpin sebuah organisasi yang terus dipandang masyarakat dengan baik. Tahniah buat Cikgu Mohd Huzaire Haji Ahmad dan seluruh Jawatankuasa yang bertungkus-lumus menghidupkan organisasi ini.

​

Sebagai tanda sokongan, Sabtu lepas dapat hadir memenuhi undangan bersama-sama di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri POKUB yang diadakan di Laman To’ki, Bentong. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Sdra. Thomas Su - 苏建祥 , ADUN Ketari. 

​

Dengan izinNya, saya terus membuka ruang untuk memberikan sokongan kepada POKUB untuk menjayakan sebanyak mungkin program pada masa-masa mendatang malah dapat bekerjasama dengan GENERASI Pahang untuk program-program yang akan datang. Namun kita terus merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah Swt.

DSC_0169.JPG
DSC_0032.JPG
DSC_0200.JPG

Fiesta Generasi Perpaduan Bentong 1.0

19 September 2026 (Sabtu)
Dewan Terbuka Kampung Perting, Bentong

Saya selaku Pengerusi Kelab Masyarakat Generasi Genius Pahang ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Fiesta Generasi Perpaduan Bentong 2026.

​

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada Kementerian Perpaduan Negara melalui inisiatif BKPP atas sokongan, kepercayaan dan kerjasama yang diberikan dalam merealisasikan program ini.

​

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Bentong YB Young Syefura Othman atas sumbangan dan sokongan yang diberikan, selain kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, agensi kerajaan, pihak kampung, rakan strategik, sukarelawan, peserta, peniaga serta semua individu yang telah menyumbang tenaga dan masa bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

​

Terima kasih tidak terhingga kepada YB Lee Chin Chen Timbalan Speaker Dewan Negeri Pahang yang sudi meluangkan masa hadir merasmikan Majlis Perasmian Fiesta Generasi Perpaduan Bentong 2026. Turut hadir Saudara Hyecal Othman, Pegawai Khas Ahli Parlimen Bentong.

​

Bagi saya, setiap kekurangan adalah satu pengalaman untuk kami belajar dan memperbaiki penganjuran pada masa akan datang. Insya-Allah, segala kelemahan yang dikenal pasti akan kami jadikan sebagai panduan supaya program seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih baik, lebih tersusun dan mencapai lebih ramai masyarakat.

​

Apa yang paling penting, Fiesta Generasi Perpaduan Bentong ini bukan sekadar sebuah program, tetapi merupakan usaha untuk mempertemukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dalam suasana yang harmoni dan penuh kebersamaan.

​

Terima kasih kepada semua yang hadir, menyokong dan percaya kepada usaha kami.

​

Jumpa lagi di Fiesta Generasi Perpaduan Bentong 2027!

​

Kuliah Dhuha Muslimat bersama Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

20 Disember 2026 (Ahad)
Masjid Kariah Kampung Tersang, Raub, Pahang
818365618_1617167939776662_6603202819792179748_n.jpg
818365372_1617167973109992_1143448895828109211_n.jpg
818353525_1617167949776661_3540041635120807837_n.jpg
818365489_1617167723110017_2099632993716048176_n.jpg
Sumber Foto : FB Young Syefura Othman
bottom of page