Cakna
Pendidikan
Program Cakna Pendidikan merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta kepentingan pendidikan dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Program ini memberi fokus kepada usaha memperkasa ilmu, motivasi dan sahsiah pelajar agar mereka lebih bersemangat dalam mencapai kecemerlangan akademik dan masa depan yang lebih baik.
Melalui pelaksanaan program ini, pelbagai aktiviti seperti ceramah motivasi, perkongsian ilmu dan bimbingan pendidikan akan dijalankan. Diharapkan program ini dapat membantu pelajar membina keyakinan diri, menetapkan hala tuju yang jelas serta mendorong mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
Motivasi Perdana SMK Ketari, Bentong bersama Saudara Syamsul Debat
30 Januari 2026 (Jumaat)
Sasana Seri Lestari, SMK Ketari, Bentong
Program Motivasi Perdana: Reset Hidup – Dari Malas ke Laju telah berjaya dilaksanakan pada 30 Januari 2026 (Jumaat), jam 10.00 pagi bertempat di Dataran SMK Ketari. Program ini menampilkan penceramah jemputan, Saudara Syamsul Debat, yang menyampaikan perkongsian berimpak tinggi berkaitan motivasi diri, disiplin serta pembentukan minda positif dalam kalangan pelajar.
​
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan semangat pelajar agar lebih berusaha dalam mencapai kecemerlangan akademik serta memperbaiki sikap ke arah yang lebih produktif. Program ini merupakan anjuran Kelab Masyarakat Generasi Genius Pahang dan SMK Ketari dengan kerjasama Agrobank Cawangan Bentong serta MYHA Selangor. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan berjaya memberi impak positif kepada para peserta.
Motivasi Perdana SMK Bentong bersama AIKOM Malaysia
-
Dewan Keris Mas, SMK Bentong
-