Bersama
Komuniti
Program Bersama Komuniti merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat serta memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk setempat. Program ini memberi ruang kepada komuniti untuk berkumpul, berinteraksi dan bekerjasama dalam pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
Melalui pelaksanaan program ini, pelbagai aktiviti kemasyarakatan akan dijalankan seperti gotong-royong, program kebajikan dan aktiviti santai bersama penduduk. Diharapkan ia dapat mewujudkan suasana komuniti yang lebih harmoni, prihatin dan saling membantu antara satu sama lain.
Sambutan Aidilfitri POKUB 2026
18 April 2026 (Sabtu)
La'Man Toki, Bentong
Kerajaan MADANI dibawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim terus memperkasakan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam memastikan pembangunan Negara tidak meminggirkan mereka. Penambahbaikan perhatian yang lebih mendalam kepada golongan OKU terus menjadi tunjang kepada pembangunan mereka dalam arus Negara. Kenaikan bantuan kewangan, pemerkasaan peluang pekerjaan dan keusahawanan dan banyak lagi memberikan sinar kepada golongan ini agar tidak terus terpinggir.
Penglibatan golongan OKU dalam masyarakat terus diterima baik. Sebagai contoh penubuhan khusus badan bukan kerajaan atau NGO kepada golongan ini akan memberikan ruang untuk terus menyumbang idea, tenaga dan buah fikiran dalam kalangan mereka. Persatuan Orang Kurang Upaya Bentong (POKUB) terus menjadi organisasi contoh bagaimana kemampuan mereka untuk memimpin sebuah organisasi yang terus dipandang masyarakat dengan baik. Tahniah buat Cikgu Mohd Huzaire Haji Ahmad dan seluruh Jawatankuasa yang bertungkus-lumus menghidupkan organisasi ini.
Sebagai tanda sokongan, Sabtu lepas dapat hadir memenuhi undangan bersama-sama di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri POKUB yang diadakan di Laman To’ki, Bentong. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Sdra. Thomas Su - 苏建祥 , ADUN Ketari. Majlis yang cukup meriah dan dapat menyantuni seramai mungkin pengunjung pada majlis ini.
Dengan izinNya, saya terus membuka ruang untuk memberikan sokongan kepada POKUB untuk menjayakan sebanyak mungkin program pada masa-masa mendatang malah dapat bekerjasama dengan GENERASI Pahang untuk program-program yang akan datang. Namun kita terus merancang, sebaik-baik perancang adalah Allah Swt.
Program Rewang Bubur Asyura DUN Ketari
26 Jun 2026 (Jumaat)
Perkarangan Taman Harmoni, Bentong
-
Kuliah Dhuha Muslimat Khas
1 November 2026 (Ahad)
Masjid Kariah Kampung Tersang, Raub
-