top of page
PKR.jpg

Program
Kongsi Rezeki

Program Kongsi Rezeki merupakan satu inisiatif kebajikan yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan melalui sumbangan makanan dan keperluan asas. Program ini dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat serta usaha untuk meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan ia dapat memupuk semangat kasih sayang, keprihatinan dan budaya berkongsi dalam kalangan masyarakat. Selain memberi bantuan secara langsung, program ini juga menjadi platform untuk menggalakkan penglibatan sukarelawan dalam aktiviti kemasyarakatan yang memberi impak positif.

DSC_0543.JPG

Program Kongsi Rezeki Raya 2026

15 Mac 2026 (Ahad)
Flat Benus Jaya, Bentong

Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Syawal menandakan kemenangan kita mengharungi kewajiban Ramadan. Pada bulan inilah, kita berpeluang merasai secebis kesusahan golongan yang tidak berkemampuan apabila kita berlapar pada siang hari. Ringankan tangan membantu mereka yang memerlukan disamping berkongsi rezeki sempena raya, setidaknya dapat memberikan kegembiraan dan sedikit keringanan dalam Syawal.

15 Mac lalu, saya bersama Abang Rosfadhli Muhammad telah turun menjenguk sambil bertanya khabar keadaan serta persiapan menyambut Syawal di Flat Benus Jaya, Bentong. Sempat saya menziarahi beberapa buah rumah dan keluarga disini dan menyampaikan sumbangan berupa kotak makanan, hamper Julie’s Raya dan lampin pakai buang.

Flat Benus Jaya, Bentong ini sering menjadi perhatian saya sejak dahulu apabila mula berkecimpung di dunia Politik dan Khidmat Masyarakat. Hampir setiap bulan, sering kesini berjumpa dengan wakil penduduk, bertanya khabar mereka dan beberapa permasalahan yang sering timbul.

Alhamdulillah kini Flat Benus Jaya, Bentong telah mendapat perhatian ramai daripada pimpinan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik dan agama. Hampir setiap tahun juga kerja-kerja menaiktaraf flat dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.

Dihujung acara, sempat menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak di sekitar flat bagi menambahkan senyuman hari raya. Terima Kasih YB Lee Chin Chen atas sumbangan duit raya tersebut. Saya mengambil kesempatan juga untuk rakamkan ucapan terima kasih kepada hamba Allah yang telah menyumbang kepada projek “Kongsi Rezeki Raya”.

Ini menandakan bahawa tanpa apa-apa jawatan atau pangkat, dengan niat tulus ikhlas untuk masyarakat, kita mampu membantu mereka yang memerlukan. Alhamdulillah.

DSC_0583.JPG

BAKTI Negeri Pahang bersama YB ADUN Ketari

ALF_8125.jpg
ALF_8039.jpg
3 Mei 2026 (Ahad)
Dewan Terbuka Taman Chegar Medang, Bentong

Program Khas Agihan Bakul Makanan Asas bagi kawasan DUN Ketari telah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan seramai 30 penerima dalam kalangan penduduk Chegar Medang dan Kampung Benus. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup golongan yang memerlukan melalui sumbangan barangan keperluan asas, di samping menyemai semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam komuniti setempat. Usaha ini mencerminkan keprihatinan berterusan terhadap nasib rakyat serta komitmen untuk memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada menerima bantuan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Thomas Su Keong Siong, ADUN Ketari, bersama barisan pemimpin masyarakat setempat. Program ini turut direalisasikan hasil peruntukan dana sebanyak RM15,000 daripada YAB Menteri Besar Pahang, sebagai bukti kesungguhan pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat diteruskan agar lebih ramai golongan yang memerlukan terus dibela dan dibantu.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Menteri Besar Pahang serta YB ADUN Ketari atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan.

ALF_8052 (1).jpg
ALF_8101.jpg

Program Kongsi Rezeki Deepavali 2026

31 Oktober 2026 (Sabtu)
Dewan Taman Mawar, Bentong

-

Program Kongsi Rezeki Tahun Baru Cina 2027

-
Dewan Terbuka Kampung Perting, Bentong

-

bottom of page